Monday, August 22, 2011

Tengok Footy

Sabtu lepas, selepas puas bergambar di South Perth dan Burswood, saya, long dan ngah pergi ke Arena Joondalup untuk melihat "footy"@sukan kegemaran rakyat australia...

Arena tu adalah komplek sukan di sini yang mengandungi kolam renang, taman air mini, gym, courth tennis dan stadium footy...

Saya pergi sebab Long bawa balik tiket percuma daripada sekolah...

Pergi pun sebab Long bersungguh-sungguh nak pergi...

Dia pergi bukan sebab nak tengok "footy"...tapi sebab nak main "bouncing castle"...

Masa perlawanan tu, disediakan juga "kid zone" yang ada macam-macam...


Sanggup beratur lama...

Long vs Ngah...
Kuat juga ngah sampai tak bangun Long...
Pertandingan mewarna pun ada...
Walaupun perlawanan hari ini hanya melibatkan pasukan dalam negeri WA sahaja...tapi meriahnya macam pertandingan peringkat kebangsaan pula...siap ada cenderamata percuma lagi...macam-macam yang Long dan ngah dapat...saya dapat suratkhabar percuma...jadi la...

Kehadiran penonton juga memang ramai...tabik la kepada puak-puak omputih ni yang sokong sukan tempatan..

Belon free
Footy@Australia rule ni macam ragbi tapi bukan ragbi...saya tak minat sangat...bagi saya, lebih best tengok ragbi...

Footy

3 comments:

Dr K said...

dulu saya main rugby zaman sekolah. Footy ni lebih 'freestyle'

Dr. Bentara said...

Australia best kan? Anak2 selalu tanya bila nak "balik" Adelaide.

nazli said...

Ada yg best ada yg tak...tapi anak-anak mmg suka sbb sekolah tak stress mcm kat malaysia