Tuesday, August 2, 2011

Syaitan kena ikat hari apa sebenarnya....?

Selamat berpuasa semua....

Diambil masa "black-out" minggu lepas
Puasa kat negara orang ni pelik sikit....terutama dalam penentuan hari berpuasa...walaupun dalam kawasan yang sama, akan ada hari berbeza bagi penentuan berpuasa....

Ikut pengalaman saya, berpuasa kat sini mengikut masjid di kawasan masing-masing...dan lebih merumitkan masjid-masjid di sini tiada kesepakatan...Ada yang berdasarkan anak bulan, ada mengikut kiraan, ada berdasarkan negara islam terdekat malah ada yang berdasarkan negara asal macam turki dsb...

Tahun ni, macam tahun lepas, ada yang berpuasa 1/8 dan ada yang bermula 2/8...

Saya? saya ikut masjid dekat dengan rumah saya. Masjid tu selalunya berpandukan negara Indonesia atau Malaysia, jadi pelajar-pelajar Malaysia di kawasan saya berpuasa pada 1/8...

Paling lucu apabila saya teringatkan kisah tahun lepas....ingat lagi ketika ke surau universiti untuk bersolat zuhur...masing-masing pakat tanya, Are you fasting?...ada yang jawab dah ada yang jawab belum....lepas tu pakat gelak dan geleng kepala sbb ketidaksepakatannya masjid di sini....

Nasib baik, tahun lepas raya semua sama...kalau tak lagi haru....

Memandangkan puasa yang tak sama bagi satu kawasan, kawan fb saya yang belajar disini melontarkan soalan berikut....."syaitan kena ikat hari apa sebenarnya, 1/8 atau 2/8?

No comments: