Wednesday, August 31, 2011

Raya di Perantauan

Tahun ni masjid tak penuh seperti tahun-tahun lepas untuk bersembahyang raya....sebabnya, tahun ni, raya disambut pada dua tarikh berbeza....namun jamuan lepas sembahyang tetap menarik...

Dan pada hari pertama raya, saya dan rakan-rakan meneruskan tradisi yang telah diamalkan sebelum ini, iaitu kami berkumpul beramai-ramai....

Biasanya, salah seorang daripada kami akan menjadi "host"...kali ini rumah tempat perkumpulan kami adalah rumah rakan yang baru datang ke Perth awal tahun ini...

Seperti tahun-tahun lepas, makanan akan dibuat secara gotong royong...contohnya, hari ni menu utama nasi tomato dan lontong...maka nasi orang lain buat, lauk orang lain dan acar orang lain buat...

Disamping menu utama, masing-masing membawa kuih raya yang dibuat...

Kami berkumpul sehingga tengahari....kemudian dalam 2.30tgh, kami beramai-ramai pergi ke selatan Perth pula demi memenuhi undangan rakan yang membuat rumah terbuka...


Saya kurang mengambil gambar kalau aktiviti makan-makan, jadi gambar tak banyak...

2 comments:

Acik Erna said...

Assalam dan selamat hari raya aidilfitri nazli.
diperantauan pun akan meriah jugak sambutannya bila bersama isteri dan anak2..

nazli said...

Meriah tapi tak semeriah di Malaysia...
Di sini, raya kedua dah masuk office....