Saturday, August 27, 2011

Perhimpunan

Lama dah tak pergi perhimpunan sekolah long...

Semalam saya pergi....sekolah long punya perhimpunan biasanya 2 kali seminggu dan diadakan pagi jumaat..

Semalam pergi pun sebab kelas long ada buat persembahan...



Perhimpunan kat sini banyak beza dengan sekolah di Malaysia...

Pengalaman saya sepanjang belajar di Malaysia, perhimpunan adalah sesuatu yang membosankan dan tension sebab:

1. Cikgu besar bercakap, penolong cikgu besar bercakap, cikgu disiplin bercakap, ustaz bercakap.....senang cakap semua cikgu lah nak bercakap...
2. Biasanya, mereka bukan bercakap.......tapi membebel....tak memotivasikan pelajar langsung...
3. Perhimpunan kadang-kadang melarat hingga 2 atau 3 masa kelas...
4. Lepas perhimpunan mesti ada "sport check"....rambut, pakaian, kasut dsb...

Beza dengan kat sini...
1. Hanya pengetua yang bercakap atau wakilnya jika beliau tiada....
2. Tiada bebelan...semuanya lebih kepada memotivasikan pelajar....biasanya beliau akan bercakap berkenaan pencapaian sekolah dalam tempoh 2 minggu lepas...dan biasanya sekejap sahaja...
3. Perhimpunan akan tamat tepat masanya, biasanya hanya 30 minit melainkan ada peristiwa/aktiviti khas...
4. Tiada "sport check" lepas perhimpunan...
5. Ibubapa dijemput hadir ke perhimpunan...

Kerusi disediakan untuk ibubapa
6. Pelajar yang "conduct" perhimpunan sepenuhnya....



7. Setiap perhimpunan akan ada kelas yang membuat persembahan...
8. Setiap perhimpunan, ada pelajar yang akan diberi sijil, bukan sekadar kepada kecemerlangan akademik, tetapi juga sahsiah diri...

Sebab itu saya perhatikan, sepanjang hampir tiga tahun di sini, tiada pelajar yang nampak macam tertekan atau tidak suka ke sekolah...semuanya kelihatan gembira....


Long dan ngah pun sama....kalau cuti panjang, boleh dikatakan kerap mereka akan tanya bila sekolah akan buka....

Ngah lagi la...walaupun tak cuti, sebab dia hanya bersekolah 2 hari sahaja seminggu, boleh dikatakan tiap-tiap hari dia tanya bila dia akan ke sekolah...


2 comments:

Dr K said...

Berbeza betul kan dgn sistem pendidikan kita..

Bukan hanya peringkat sekolah, saya rasa di universiti pun, sistem di malaysia ni masih 'tertutup' berbanding negara maju..

ps: Selamat Aidilfitri , Maaf Zahir Batin :)

nazli said...

Betul tu, sampai ke Universiti kena bebelan...

Mungkin dah budaya Malaysia kot....

Saya pun nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin...