Thursday, June 9, 2011

Nenas batu...

Masa ambil gambar di uni baru-baru ni...terjumpa benda alah ni...


ma begitu teruja...siap kutip...saya tanya nak buat apa?

Dia cakap, ni la "nenas batu"....

nenas batu?

Dia cakap ubat sakit pinggang...kat Malaysia "glamour" benda ni...

Saya cakap bukan...tu buah pokok "pine"...

Dia cakap, betul la "nenas batu"...

Saya cakap bukan sebab memang saya pasti tu buah pokok "pine"...

Saya memang dah tengok buah tu kat pokok pine...dalam uni ni banyak...cuma jumpa "nenas batu" tu kat parking jadi tak boleh nak tunjuk lah pokok pine...

Balik rumah, ma siap rebus nak test betul ke nenas batu...dia cakap kalau kuncup masa rebus betul la...dan memang kuncup "nenas batu" tu...

Saya cakap, jangan minum air tu bimbang jadi apa-apa...sini hospital mahal...nak minum, nanti kat Malaysia...senang kalau jadi apa-apa...

Jadi, sekarang ni, isu dia, betul ke tu "nenas batu" yang glamour kat malaysia, atau pun, ia memang buah pine, cuma diglamourkan dengan nama "nenas batu" di Malaysia, sementelah, tak ramai yang pernah tengok buah pine...

Yang pasti, ma memang nak bawa balik, siap cakap nak kutip lagi...

3 comments:

DrSinga said...

ha ah awakkkk !!!
( dengan nada teruja..)

kat pasar malam kat tempat saya..
pakcik ni ada jual..
dia kata nenas batu
( saya tau itu adalah pine cone..tapi saja nak layan pakcik itu..)
dia kata rebus..
untuk kuatkan rahim
untuk asma
.
saya beli..
sebab cantik..
dan saya nak ambik gambar..
( tapi lom berambik lagi..)
:)

nazli said...

cuma la minum air dia...mana tau mujarab..ha.ha..ha..tapi ma cakap mmg mujarab..:)

The Makeup Artist said...

my mum ada bagi juga.. kat cameron dulu buah kon ni bersepah2.. tp till now saya simpan je x pernah try rebus pun.. yg pelik my abah pun confirmkan iya bagus utk merawat rahim.. cuma i je still curious..