Thursday, May 12, 2011

Kenangan

Hari ni saya bawa Long, Ngah dan mak saya pergi berjogging di Neil Hawkins Park...

Seperti biasa, Long berskuter, Ngah berbasikal dan mak saya berjalan...manakala saya membawa kamera bersama tripod...

Saya lebih kepada nak mengambil gambar drp bersenam...


Perjalanan balik, saya mengambil gambar ranting pokok berikut;


Gambar ni mengingatkan zaman saya kecil-kecil dahulu, dalam darjah 5 atau 6...

Masa tu saya selalu pergi rumah datuk sebelah emak masa cuti sekolah...memandangkan tiada apa yang hendak dibuat di rumah datuk saya, saya akan melukis gambar pokok dipenuhi ranting tanpa daun menggunakan pensil 2B...

Hari-hari saya habiskan masa melukis pokok dan rantingnya sehingga saya dihantar balik.

Sayangnya, saya tidak menyimpan lukisan-lukisan tersebut...

2 comments:

DrSinga said...

'di hantar ke rumah atuk masa cuti sekolah ..'

itu yang saya buat kepada anak2 saya...
( nak tengoklah depa lukis apa nanti...)

nazli said...

Pastikan simpan lukisan tu...mesti seronok kalau tengok balik bila anak-anak dah besar...saya sekarang pun simpan beberapa lukisan anak-anak yang dia buat...sekadar kenangan...