Thursday, February 24, 2011

Neil Hawkins Park

Semalam kami ke Neil Hawkins Park@Taman burung lagi. Kali ini sebab kami mengambil tempahan menyediakan makan tengahari kepada staf-staf bendahari UTM yang datang melawat Perth. Staf UTM ini menggunakan rakan saya sebagai pemandu kenderaan mereka sepanjang lawatan di sini. Memandangkan hari ini mereka akan melawat universiti saya, maka rakan saya tersebut mencari pelajar Malaysia yang menuntut di kawasan ini untuk menyediakan makan tengahhari.

Kami datang agak awal berbanding rombongan UTM. Sambil menunggu mereka datang, saya dan baby memberi makan burung-burung di sini.


Dan seperti biasa, baby akan bermain di playground yang terdapat di sini.


Hari ini baby dapat kawan baru. Masa tengah bermain tu, datang Mat Saleh dengan anaknya. Memandangkan hanya baby yang bermain di playground tersebut, baby terus ajak budak tu main bersama-sama.

No comments: