Kalau di Malaysia, tak payah tengok pun kita sudah tahu yang lori sampah telah lalu di sesuatu kawasan sebab baunya yang semerbak. Ditambah pula dengan cecair kotor dan busuk yang berciciran sepanjang laluannya.
Di sini, tiada bau yang dikeluarkan. Malahan lorinya amat bersih. Di Malaysia, biasanya akan ada 2 atau 3 orang pekerja yang akan mengekori lori sampah bagi memunggah sampah-sampah yang ditinggalkan di tepi jalan. Di sini? tiada pekerja yang mengekori lori sampah. Hanya ada pemandu lori sahaja dan pemandu itu tidak pula turun untuk mengutip sampah. Bagaimana caranya?
Di sini, Majlis Daerah memberikan tong sampah percuma kepada setiap rumah. Ada dua jenis tong sampah, yang berpenutup kuning untuk sampah recycle, yang dikutip 2 kali seminggu, manakala berpenutup hijau untuk sampah basah. Jika berlaku kerosakan kepada tong sampah, lapor sahaja kepada majlis daerah, ia akan diganti dengan PERCUMA. Maksudnya semua rumah akan menggunakan tong sampah yang standard saiznya.
Lori-lori sampah di sini mempunyai mekanisma untuk mengangkat tong-tong sampah tersebut secara automatik.
2 tong sampah disediakan untuk sampah berbeza, recycle dan basah |
Tengah mengangkat sampah |
Kadang-kadang terpikir juga, kenapa Malaysia tidak lakukan perkara sama, terutama di bandar-bandar yang penghuninya membayar cukai pintu.
No comments:
Post a Comment