Tuesday, January 25, 2011

Senja@Mullaloo Beach

Semalam, masa dlm perjalanan balik drp membeli keperluan sekolah anak2 dan "mulch", saya melihat suasana senja yg agak menarik kerana semalam agak berawan tebal, cahaya matahari menyuluh dicelah2 awan. Memang dah lama saya nak mengambil gambar suasana senja di tepi pantai. Sampai sahaja rumah, selepas menabur "mulch" di laman rumah, terus saya mengambil kamera dan tripod menuju ke pantai. Ketika tengah drive tu, kepada asyik pikir, pantai mana nak pergi. Jarak rumah saya dgn pantai hanya 5 minit, tapi bukan semua pantai boleh dimasuki dengan kereta. Mula-mula, ingat nak pergi ke "Burn Beach" yg terletak kurang 10 minit tapi sbb rasa mcm dah nak gelap saya melencong ke Mullaloo beach. Sampai di Mullaloo beach, matahari sudah menyembunyikan diri, sekadar cahaya samar-samar kelihatan.


No comments: