Friday, October 8, 2010

Beg dan tripod

Hari ni saya telah beli dua benda yg dah lama saya rasa nak beli. Pertama, camera backpack, kedua, tripod.


Asalnya, saya nak beli beg je, jadi saya cari menggunakan ebay memandangkan sekarang ni saya byk beli barang melalui online sbb lg murah. Masa cari tu, jumpa la beg ni yang paling murah. Lepas tu saya tengok "seller" dia, rupanya kat Perth. Jadi saya terus hantar email tanya kalau saya boleh ambik brg ni dr rumah dia instead of beli secara online sbb jimat kos pos (aud13, byk tu...). Bestnya, seller tu setuju dan lagi best bila dia bagi alamat, dekat je dengan rumah saya. Apa lagi, lepas sembahyang jumaat tadi, terus saya pergi rumah dia. Dia tak ada, cuma wife dan anak dia je yg ada. Masa dah bayar harga beg tu (aud59.95), anak dia, rasanya dlm lingkungan umur 9-10 thn je, dok promote tripod. Anak dia yg lebih2 terangkan pasal beg tu dan tripod. Mmg boleh jadi jurujual berjaya lah. Memandangkan saya pun tgh cari tripod, so saya tgk2 le tripod yg dia jual, pastu tanya harga. Dia bg hrg diskaun memandangkan saya beli beg, so dpt le tripod dgn harga aud29.

Kenapa saya beli beg ni, sbb boleh muat laptop bersaiz 13 inci. Tujuannya, pertama sbb hjg bln ni saya dan rakan2 nak melawat tempat paling hujung di dunia yang berpenghuni (nanti saya citer bila dah pergi), kedua senang saya nak bawa kamera dan laptop. Tak payah bawa dua beg kalau pergi berkursus ker, pejabat ker, merayau ke apa ke.


Poket depan untuk isi laptop

Kedua, beg ni byk ruang. Jadi bila merayau, saya boleh letak video camera, external hard disk dan segala kabel dan benda lain dlm satu beg.


Ruang yg banyak
Berkaitan dengan tripod, asalnya saya hanya menggunakan tripod kecil yang diberi percuma masa beli video camera dulu. Tripod tu terlalu kecil dan ringan. Tak sesuai utk dslr camera. Kalau saya guna bersama dslr, saya pastikan lantainya rata dan angin tak laju. Bimbang terbalik.
Beza saiz tripod free ngan tripod beli
Lebih kukuh
Berbalik kpd backpack tu, ia ada tempat letak tripod, jadi senang nak bawa tripod bersama2.

Tripod diikat di bawah beg
Tak sabar nak outing dgn beg dan tripod baru...

No comments: